Friday, April 27, 2012

CHICKEN SALAD :)



assalamualaikum....

hari ni aku nak share resipi CHICKEN SALAD... aku baru je dapat resipi ni tadi.... so, rasa macam nak try buat la kan.... tak kan tak nak try pulak.. baik tak payah amek resipi ni kalau tak nak buat... korang2 pun jangan malu jangan segan try resipi ni jugak k... =)
haha

100 ml stok ayam
2.5 cm halia
2 sudu besar mentega kacang 
2 sudu besar madu jelas
2 sudu besar minyak bijan
Sedikit kepingan cili kering merah
Jus dari setengah limau
350 g ayam panggang atau kukus, dimayang
Setengah timun, dipotong halus
1-2 lobak merah, dipotong halus
4 daun bawang, dihiris melintang
200 Bihun g, mengikut arahan pek
Ketumbar, untuk menghias

Kaedah
1. Tuang stok ayam ke dalam periuk, tambah halia dan biarkan mendidih. Biarkan sejuk selama 15 minit.

2. Letakkan mentega kacang, madu, minyak bijan dan kepingan cili dalam pemproses mini dengan stok ayam dan proses atau goncang dengan baik untuk menggaul ia bersama. Tambah jus limau secukup rasa.

3. Gabungkan ayam, timun, lobak merah, daun bawang dan mi beras dalam mangkuk besar dan tuangkan kuah. Gaul perlahan-lahan, kemudian campurkan beberapa helai daunnya ketumbar segar.


selamat mencuba....

wassalam......

Saturday, April 21, 2012

1st experience........

assalamualaikum...

lama dah tak update blog... rindu pulak rasa... ok, kali ni aku nak cerita pasal first experience aku drive kereta.... gila seronok.... kalau la aku tau drive kereta ni boleh rasa seronok sampai macam ni sekali, dah lama dah aku ikut cakap baha amek lesen tau....

 time awal2 tu aku bawak slow je... dah lama sikit gila laju aku drive.... cik hasan cakap aku berlagak sebab dah reti bawak... haha

tapi apa yang pasti, aku akan dapatkan lesen tu sebelum naik sem nanti....
kepada kawan2ku, korang tunggu la kejutan dari aku ni.... jeng jeng jeng.... jangan pengsan sudah la ye.... hehehehe

 muka bahagia gila tunggu abang hafiz amek aku...


konon2 comel la buat muka macam tu...haha

time ni aku pegi teman cik hasan pegi kota tinggi beli hp baru....  

  tak tau dah nak tulis apa....haha


okey la,, setakat ni dulu post aku kali ni.....

wassalam.....

Friday, April 6, 2012

Bila April



ASSALAMUALAIKUM….

Bila tiba je bulan april ni, tiba2 aku teringat satu kenangan ni… aku plan nak kenakan azmi… entah dari mana entah datangnya idea nakal tu… hahaa!!
Cerita ni jadi pada bulan april 2009… petang tu, aku cakap kat mai yang aku nak kenakan azmi… lepas tu  aku suruh la mai SMS azmi cakap yang aku kena tahan wad sebab kena appendix.. time tu azmi punyalah gelabah… haha.. terus dia tanya mai aku kat hospital mana.. then mai cakap la aku kat Hospital Sultanah Aminah sebab tu je hospital yang dia tahu yang ada kat jb…
Petangnya esoknya, aku lepak dengan mai kat rumah dia.. aku call azmi cakap yang dia kena APRIL FOOL… punyalah dia marah time tu… dia cakap la sampai dua hospital dia pergi sebab nak jenguk aku.. dia pergi Hospital Sultanah Aminah and Hospital Sultan Ismail.. bila dia tanya kat kaunter hospital tu takde pun nama aku… aku and mai ape lagi, gelak besar la… then azmi cakap “tolong la jangan buat macam tu lagi… tak kelakar pun…” aku gelak lagi… seronok betul dapat kenakan dia… bukan selalu dapat buat dia macam tu… tapi kesian jugak la kat dia... walaupun tak teruk mana pun aku buat dia, rasa kesian tu tetap ada…
Tak lama lepas kejadian aku and mai kenakan azmi, dalam sebulan lebih macam tu, mai betul2 kena APPENDIX.. dapat la cuti sekolah dalam dua bulan macam tu… haha.. aku cerita la kat azmi yang mai masuk wad.. dia boleh pulak gelak sakan… seronok betul dia… langsung takde perasaan kesian kat kawan baik aku yang sorang tu.. dia boleh padankan muka mai lagi ada la…
Bila aku fikir balik, mungkin ni la akibat sebab MENIPU… mai pun fikir benda yang sama… tapi aku rasa macam tak patut pulak mai yang kena akibat padahal idea tu aku yang plan..
Semua dah ditentukan ALLAH… mesti ada hikmah atas apa yang berlaku… WALLAHUALAM…. tak siapa pun yang tahu…
Okey la, setakat ni dulu post aku kali ni… next time cerita lagi…. =)




WASSALAM….

Monday, April 2, 2012

home sweet home...

semalam 1april 2012 aku bangun dalam pukul 8.30 pagi...lepas kemas2 barang,aku terus bersiap nak balik..then dalam pukul 10.20 pagi aku terus gerak pegi bandar U...singgah petronas kejap beli bekalan yang boleh aku makan dalam bas...


aku sampai terminal dalam pukul 10.35 pagi..kat tiket tu tulis gerak pukul 10.40..tapi bas sampai pukul 11.20 macam tu...lambat kot...tapi takde la lambat macam bas ila...bas ila patutnya pukul 9.30,tapi sampai bandar U pukul 11..dalam bas aku duduk dengan junior part 1 course statistik...dia nak balik batu pahat...apa yang pasti,aku asyik tido je dalam perjalanan balik jb tu...


dalam perjalanan tu alang call aku..dia cakap nak amek aku kat larkin...tapi bila aku dah sampai skudai dia cakap naik bas tiram..dia tunggu kat petronas sebelah todays tu...sakitnya ati aku...dia tak fikir ke aku ni perempuan,takkan nak kena naik bas ke sana malam2 macam tu???kalau tak nak amek tak pe la,aku tak kisah pun..abang fazley boleh je amek aku sebab dia memang dah cakap awal2 nak amek aku...ape yang aku kisah sangat sebab dia dah janji nak amek...rasa macam nak nangis je time tu...dah la aku ni penat...last2 aku naik bas ekspress balik tenggaroh...


sampai simpang dalam pukul 10 malam...aku call acik la amek aku...sampai rumah aku terus cari makan...lapo sangat2...maklumla,tak makan 1 hari....lepas makan aku tengok orkid aku kejap..time aku sembang2 dengan along,alang balik...start la dia membebel cakap itu ini...aku malas nak layan...sakit hati aku tak ilang lagi...