Friday, April 6, 2012

Bila April



ASSALAMUALAIKUM….

Bila tiba je bulan april ni, tiba2 aku teringat satu kenangan ni… aku plan nak kenakan azmi… entah dari mana entah datangnya idea nakal tu… hahaa!!
Cerita ni jadi pada bulan april 2009… petang tu, aku cakap kat mai yang aku nak kenakan azmi… lepas tu  aku suruh la mai SMS azmi cakap yang aku kena tahan wad sebab kena appendix.. time tu azmi punyalah gelabah… haha.. terus dia tanya mai aku kat hospital mana.. then mai cakap la aku kat Hospital Sultanah Aminah sebab tu je hospital yang dia tahu yang ada kat jb…
Petangnya esoknya, aku lepak dengan mai kat rumah dia.. aku call azmi cakap yang dia kena APRIL FOOL… punyalah dia marah time tu… dia cakap la sampai dua hospital dia pergi sebab nak jenguk aku.. dia pergi Hospital Sultanah Aminah and Hospital Sultan Ismail.. bila dia tanya kat kaunter hospital tu takde pun nama aku… aku and mai ape lagi, gelak besar la… then azmi cakap “tolong la jangan buat macam tu lagi… tak kelakar pun…” aku gelak lagi… seronok betul dapat kenakan dia… bukan selalu dapat buat dia macam tu… tapi kesian jugak la kat dia... walaupun tak teruk mana pun aku buat dia, rasa kesian tu tetap ada…
Tak lama lepas kejadian aku and mai kenakan azmi, dalam sebulan lebih macam tu, mai betul2 kena APPENDIX.. dapat la cuti sekolah dalam dua bulan macam tu… haha.. aku cerita la kat azmi yang mai masuk wad.. dia boleh pulak gelak sakan… seronok betul dia… langsung takde perasaan kesian kat kawan baik aku yang sorang tu.. dia boleh padankan muka mai lagi ada la…
Bila aku fikir balik, mungkin ni la akibat sebab MENIPU… mai pun fikir benda yang sama… tapi aku rasa macam tak patut pulak mai yang kena akibat padahal idea tu aku yang plan..
Semua dah ditentukan ALLAH… mesti ada hikmah atas apa yang berlaku… WALLAHUALAM…. tak siapa pun yang tahu…
Okey la, setakat ni dulu post aku kali ni… next time cerita lagi…. =)




WASSALAM….

No comments:

Post a Comment